Recent Posts

Sunday, July 24, 2011

Petua Kecantikan

 

Petua-petua kecantikan yang mudah.
  1. Minum banyak air masak yang bersih. Dengan meminum banyak air yang bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan membantu membakar kalori dalam badan.
  2. Bersenam baik untuk kesihatan dan ianya elok untuk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam, lepas bangkit dari tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
  3. Jangan merokok kerana ianya mampu untuk merosakan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
  4. Tidur yang cukup dan jangan asyik berjaga di waktu malam. Kurang tidur akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
  5. Pada waktu tertentu benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang “make-up” . Ini akan memberikan waktu untuk kulit bernafas. Bersihkan muka daripada sebarang sisa-sisa mekap sebelum tidur.
  6. Makan yang cukup tp bukan secara berlebihan. Cara terbaik adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pastikan makanan yang dimakan adalah berkhasiat.
  7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
  8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
  9. Don’t worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
  10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Okay? Mudah bukan, kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!
P/S: Bagi minuman air masak yang bersih lebih elok jika di campurkan dengan sedikit madu.

0 comments:

Post a Comment