Recent Posts

Sunday, August 21, 2011

Nilai Hidup


Masa aku tengah surfing laman sesawang di internet, aku terjumpa satu frasa @ yang simple namun memberi makna yang mendalam dalam menilai erti hidup kita. Terkadang perkara-perkara remeh seperti ini selalu diabaikan dalam menghargai diri dan orang-orang tersayang disekeliling kita.

--- Erti Nilai Hidup ---

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya...

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Dan...

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Apa yang aku paham dari petikan ini sayangilah insan disekeliling kita dan hargailah setiap detik bersama mereka. Kebanyakan insan hari ini hanya mementingkan kebendaan dan wang sehingga membutakan mata mereka tentang nilai persahabatan. Pernahkah korang dengar statement macam ni.

"Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang"

Aku teramat-amat setuju dengan penyataan ni tapi jangan la sampai mengabaikan insan tersayang yang berada disekeliling kita. Insan yang selalu ada untuk kita, insan yang selalu menyayangi kita dan insan yang tidak pernah melupakan kita. Jangan bila insan yang kita sayangi pergi menemui yang Esa baru kita menyesali akan kehilangan orang yang kita sayangi.

P/S: Hargailah detik sekarang bersama insan tersayang. Janganlah pula, apabila mereka pergi menemui yang Esa barulah kita sedar nilai sebuah persahabatan.

0 comments:

Post a Comment