Recent Posts

Tuesday, January 25, 2011

Hectic !!!


Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Antaranya berjumpa dengan orang yang aku suka but i can do nothing bila berjumpa dengan dia (lebih kurang macam cinta dalam hati). Aku cuba elak dari jumpa dia tapi entah macam mana malam tu boleh terjumpa jugak. Setiap kali jumpa dia, my heart will beat so fast that i never imagine its will happen to me. Bila aku jumpa dia mulut automatic terkunci, terus blur dan tak tahu nak buat apa. By the way, meeting someone is not yours make your life more complicated. But now i'm trying to live simpler lifestyle. So what to do? Sabar je lah dengan dugaan yang telah ditentukan dan yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Tak cukup dengan pergolakan perasaan tetiba muncul plak drama baru yang berlaku dalam hidup. Rasa dah macam Sinetron Indonesia kt TV3 dan. Tuan rumah sewa aku mintak cari rumah baru disebabkan dia nak jual rumah yang kitaorang duduk. Ok la kalu macam tu aku terima je la. Pahtu aku dengan housemate tercinta pegi la cari rumah sewa baru dengan harapan adalah tempat untuk berteduh untuk bulan seterusnya. Dengan izin-Nya dapat la satu rumah teres dengan harga yang berpatutan dan lebih selesa dari rumah sekarang. Bersyukur sangat bila dapat cari rumah sewa baru sebab aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kemudian apabila dah dapat rumah sewa baru, kami bercadang untuk memulakan proses perpindah bagi memudahkan tuan rumah meneruskan hasratnya untuk menjual rumah tersebut. Setelah sebulat suara dengan housemate2 aku, tibalah masanya untuk mintak kembali duit deposit rumah kitaorang. Apabila mintak duit deposit dengan tuan rumah, tuan rumah minta untuk stay di rumah sewa sekarang sehingga bulan Mac 2011 memandangakan tuan rumah tiada duit untuk membayar kembali duit kami. Duit sewa rumah akan ditolak daripada duit deposit rumah dan selebihnya akan dibayar secara 2 kali secara ansuran. Apa yang kami boleh buat? bersabar je la kerana aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Selesai masalah dengan tuan rumah, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang dimulakan oleh tuan rumah. Bagi mengelakkan tuan rumah baru kitaorang menyewakan rumah sekarang kepada orang lain, kami kena mengemukakan duit deposit terlebih dahulu bagi tujuan booking. So sekarang kami semua tengah berusaha untuk mengumpul duit bagi membayar duit booking rumah baru. So untuk bajet bulan ni akan larik skit namun insyaallah akan dapat kejar balik apabila tuan rumah lama kami membayar balik baki duit deposit rumah lama. So aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah semua yang berlaku dapat diselesaikan walaupun telah berlaku sedikit perasaan tidak puas hati tetapi secara keseluruhannya kehidupan hari ini berjalan lancar. Sekarang aku kat ofis, macam tak der mood je nak balik. Minggu ni aku ditinggalkan bersendirian di ofis memandangkan semua my officemate ada bengkel di satu kawasan yang indah di Malaysia. Mesti sekarang tengah stress kt sana memandangkan banyak isu yang perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, aku dekat ofis ni tidak terlepas merasa bahang kehangatan perbincangan di sana memandangkan banyak benda yang perlu diselesaikan di pejabat. By the way, aku gembira dapat menolong mereka sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu benda baik. Sebab aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

hardyz just be strong dan yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

0 comments:

Post a Comment