Recent Posts

Tuesday, April 19, 2011

Ada Apa Dengan April?



"April fool" disambut setiap tahun pada 1 April. Tapi sedarkah kita apa sebenarnya peristiwa yang membawa kepada hari ini diraikan bukan sahaja pihak-pihak barat malah negara-negara lain seluruh dunia. Hardyz ada membuat blog-walking berkaitan dengan perkara ini sehinggalah menjumpai satu article yang dikongsi oleh anareinha88. Aku tak tahu la akan kesahihan cerita tetapi disebalik apa yang berlaku ada ikhtibarnya yang perlu dikongsi dan difikirkan kita bersama. Di sini aku sertakan petikan peristiwa/cerita yang anareinha88 kongsikan kepada pengunjung blog dia.
Setiap tahun menjelang 1 April, sebilangan besar manusia termasuk mereka2 yang beragama Islam meraikan hari tersebut yang dikenali sebagai "April Fool's Day"..Hari tersebut sebenarnya merupakan salah satu budaya yang diperkenalkan oleh Barat; sama seperti Valentine's Day..Menyentuh kembali perayaan April Fool's Day, ia mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol..Setelah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian laknatullah..Penduduk2 Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di rumah masing2 untuk menyelamatkan diri daripada pihak musuh..Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam di Sepanyol..Penduduk2 muslim telah diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dalam keadaan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan..Orang2 muslim yang bimbang jika tawaran tersebut merupakan satu tipu muslihat telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat sendiri kapal2 yang dimaksudkan..Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak..Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barang yang ingin dibawa menuju ke pelabuhan..Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini..Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan serta kanak2 kecil..Peristiwa berdarah yang menyedihkan buat umat Islam ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian..Perayaan ini akhirnya diraikan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia..Yang lagi menyedihkan, orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikannya lagi taksub tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara seIslam mereka sendiri..Semoga kita yang beragama Islam mengambil pengajaran daripada peristiwa ini..SAY NO TO APRIL FOOL'S DAY!!!

P/S:
  1. "Say No Yo April Fool's Day" - Aku memang tak celebrate peristiwa ini sebab aku tak suka kenakan orang. Hehehe <Bajet Baik Plak :-p)
  2. Bulan April (untuk lebih tepat 14 April 2011) ade benda baik yang aku tak kan lupakan sampai bila-bila dan aku harap ianya bukan April Fool.
  3. Sebelum menyambut sesuatu peristiwa pastikan kita tahu ape sebenarnya yang mereka rayakan. Jangan hanya mengikut sahaja. Peace.

0 comments:

Post a Comment