Recent Posts

Monday, May 9, 2011

Gelek Seksi (Karaoke)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semasa dalam perjalanan ke pejabat tadi, aku buka la radio ikim. Ikim pagi-pagi banyak membincangkan isu-isu yang boleh membuka minda dan membuatkan kita sama-sama berfikir walaupun perkara itu kecil.

Pada pagi ini, radio IKIM membincangkan mengenai karaoke untuk keluarga.
Pada pandangan aku la, kalu nak berseronok dengan cara berkaraoke itu tiada salahnya memandangkan dalam islam sendiri membenarkan aktiviti hiburan seperti nasyid selagi kita menjaga batas-batas dan adab kita. Karaoke tiada salahnya cuma cara menggunakannya kenalah betul.

Hari ini juga harian metro memaparkan segolongan yang menyalahgunakan karaoke dengan cara yang melampau seperti yang disiarkan di Harian Metro dengan gelek seksi.

p/s: hardyz bukannya kaki karaoke tapi ini hanya pandangan personal. Apa-apa pun article ini open for discussion. :-)

0 comments:

Post a Comment