Recent Posts

Sunday, September 18, 2011

Jangan Bersedih


Weekend yang agak membosankan tapi aku cuba dengan sedaya upaya untuk mengisi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sepanjang dua hari nih, aku ditemani dengan buku Jangan Bersedih terjemahan Mohd Sofwan Amrullah. Buku yang bagus dalam membentuk diri aku menjadi insan yang lebih baik.

Aku harap bulan ni aku dapat habiskan buku ni dan dapat amalkan ilmu yang terdapat didalamnya. Satu petikan @ quote yang aku rasa sesuai untuk aku kongsikan dengan korang semua yang di petik dalam buku ini untuk  tatapan dan renungan kita bersama.
Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?"

mood: renung-renung dan fikir-fikirkan... :-)

p/s: masa dok search gambar kt pak cik google. Jumpa satu picture yang mana boleh dijadikan renungan kita bersama.


0 comments:

Post a Comment