Recent Posts

Monday, July 18, 2011

Kisah Janji Di Mungkiri


Aku bangun dengan tekad, azam dan semangat baru. Bangun dengan harapan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Aku lupakan semua kisah lama supaya hari ini menjadi hari yang lebih cemerlang dari semalam.

Setibanya aku di pejabat, ku ketik kad perakam waktu dan kaki ku di terus berjalan menuju ke bilik ku. Tetiba satu suara menyapa ku mengingatkan aku kepada satu event atau lebih tepat lagi bengkel yang mana memang telah luput dari fikiran ku. Aku menghadirkan diri walaupun aku tahu masih ada kerja yang tertangguh disebabkan aku bercuti pada khamis dan jumaat minggu lepas (14 - 15 Julai 2011).

Benak fikiranku melayang memikirkan Bengkel yang akan aku hadiri itu pasti mempunyai modul yang sama. Penceramah bercerita tentang teori-teori yang tidak boleh digunapakai pun dalam kehidupan harian. Sebenarnya, tujuan aku menghadirkan diri ke Bengkel tersebut hanyalah untuk memenuhkan kursus 7 hari setahun yang mana aku belum penuhi walaupun separuh daripada jumlah yang diwajibkan.

Setibanya di tempat tersebut, aku masuk dan terus ke meja pendaftaran. Seperti biasa sebuah buku berwarna kuning dan sebatang pen dibekalkan kepada semua peserta semasa pendaftaran. Selesai urusan pendaftaran aku terus duduk dibangku yang disediakan dan menunggu dengan sabar penceramah program tersebut. Tepat jam 8.30 pagi penceramah tersebut sampai dan bermulalah sesi ceramah tersebut.

Kagum aku melihat gaya penyampaian penceramah tersebut dan ia membuatkan aku tertarik untuk mendengar apa yang ingin beliau sampaikan. Ternyata apa yang berlegar difikiran ku sebelum ini benar-benar meleset. Sifatnya yang humble dan kreatif serta senang didekati menyuntikan perasaan ingin tahu dalam diri ku.

Tiada lagi boring  introduction ritual that every single person need to stand up and tell everyone about their background status. Sesi ta'ruf yang dilaksanakan oleh beliau bukan sahaja peserta dapat berkenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat tetapi juga masing-masing dapat bercampur dengan lebih erat tidak mengira gred dan umur.

Penerangannya mudah difahami dan ilmu yang diajarkan boleh dipraktikan dalam kehidupan harian. Satu benda yang melekat dalam diri ku mengenai satu kaedah muhasabah diri yang mana mampu untuk menyelesaikan konflik diri. Hanya dengan menulis dalam sehelai kertas segala permasalah @ apa yang kita rasa tentang sesuatu dalam menjadikan diri kita lebih tenang.

Sepanjang program tersebut berlangsung, tetiba beliau mainkan satu lagu yang mengingatkan aku pada seseorang yang pernah bertakhta di hati dan ianya mengingatkan balik semua perkara duka yang pernah terjadi dalam hidup ku bersama dia. Lagu tersebut adalah:

BERIBU SESALAN



Biarlah kenangan pahit itu berlalu dan  jadikan ia panduan dalam mengatur langkah yang lebih bijak di masa hadapan. Tiada guna dikenang perkara yang lepas dan belajarlah untuk memaafkan.

p/s: Aku hargai apa yang aku miliki sekarang dan semoga ia menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.

0 comments:

Post a Comment