Recent Posts

Saturday, October 22, 2011

Analogi Cinta

 

Jika kamu memancing ikan, 
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail itu,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Jangan sesekali kamu melepaskan ia,
Kerana ia akan sakit.

Sakit dek kerana ketajaman mata kail mu,
Dan mungkin,
Akan menderita selagi ia masih hidup,
Selagi ia masih bernafas...

 Begitulah juga cinta,
Setelah kamu memberi pengharapan,
Dan di saat dia mula menyayangi mu,
Hendaklah kamu menjaga hatinya,


Janganlah sesekali,
Kamu meninggalkannya begitu sahaja,
Kerana dia akan terluka,
Terluka dek kenangan bersamamu.
 dan...

Mungkin tidak dapat melupakan segalanya,
Selagi dia mengingati mu.

   Jika kamu menadah air ,
Biarlah berpada-pada,
Jangan terlalu berharap pada tangkungannya,
Janganlah menganggap ia begitu teguh.


Cukuplah sekadar keperluan mu,
Apabila sekali ia retak,
Tentu sukar untuk menampalnya,
Akhirnya ia dibuang.

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitulah juga,
Jika kamu memiliki seseorang,
Terimalah dia seadanya,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.


Anggaplah dia manusia biasa.
 Apabila dia sekali melakukan kesilapan,
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
 
Sedangkan jika kamu memaafkannya,
Boleh jadi hubungan kamu akan terus,
Terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan dan berkhasiat.


Mengapa kamu berlengah?
Cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan?

Kelak nasi itu akan basi,
dan kamu tidak boleh memakannya,
kamu juga yang akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu,
Bertemu insan yang boleh membawa kebaikan kepada mu,
Menyayangi mu,
Mengasihi mu.


Mengapa kamu cuba berlengah?
Cuba membandingkan dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan?

Kelak kamu akan kehilangannya,
Apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga akan menyesal.


0 comments:

Post a Comment