Recent Posts

Monday, October 31, 2011

The Power Of Less



Setelah sekian lama aku tidak mengemaskini blog ini disebabkan oleh kekangang kerja yang banyak di Pejabat (Alhamdulillah dapat selesaikan dengan jayanya), akhirnya aku berpeluang untuk menceritakan kisah hidup aku pada hari ini.


Seperti kebanyakkan golongan yang bekerja mengikut waktu pejabat, hari isnin merupakan hari yang lemau/malas untuk ke Pejabat. Hehehe. Tapi Alhamdulillah syukur kepada-Nya kerana aku dapat bangun dengan penuh semangat untuk bekerja. Syukur kerana dengan izin-Nya aku ditemukan dengan pita rakaman motivasi yang memberi aku semangat untuk lebih berjaya dalam hidup. Hardyz berubah ke arah lebih baik yeahhhhhh!!!!


Bangun2 jer terus mandi, menunaikan solat dan bersiap2 untuk ke pejabat. Seperti biasa semasa dalam perjalanan ke pejabat aku berenti untuk beli nasi lemak dan kuih buat bekal sarapan di Pejabat (malas nak ke cafe sebab terlampau ramai orang dan xnak membazir masa beratur). Aku beli la 2 bungkus nasi lemak. Yum3x...



Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, hari ini merupakan hari lawatan bos tertinggi ke bahagian kitaorang bagi memantau pelaksanaan 5'S. Sesampai je di pejabat aku pun bersiap-siap bagi menunggu menunggu ketibaan boss yang dijangka sampai pukul 9 pagi. Aku bajet lepas je baca doa pagi terus makan nasi lemak yang dibeli tadi. Baru je letak nasi lemak tu atas meja, tetiba je bos aku sampai. Terus terbantut waktu makan aku. Hehehe. Terpaksa la tangguh dulu. Perut aku ape lagi, berkeroncong lah sampai ia. grrrrrrr... <itu bunyi perut, bukan marah, hehehe>.


Tunggu je la sampai habis lawatan bos aku tu. Ingat lepas tu boleh la terus makan. Rupa-rupanya ada lagi satu meeting dengan "direct" bos aku. So tangguh lagi la hajat untuk makan. Sabar je lah. Perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu tertangguh dan juga isu 5's. Bagi kepada sesiapa yang tak tahu apa itu 5's, mungkin gambar kat bawah boleh tolong fahamkan korang.


Selepas selesai bincang pasal 5'S, bos aku pun sebut la pasal "The Power Of Less". Mula-mula aku tak tahu apa maksud benda tu. So aku p la mengadap pak cik google untuk membantu aku meyelesaikan masalah ingin tahu aku yang sentiasa membuak-buak. Rupa-rupanya "The Power Of Less" tu merupakan satu nama buku. Daripada review nampak macam bagus je. Aku nak dapatkan buku tersebut dan nak baca. Tak sabarnya nak baca buku tu. Sape ada buku tu mintak hubungi aku dulu sebelum aku p bli. Nak review dulu. Hehehe. Ni kulit buku tu.




0 comments:

Post a Comment