Recent Posts

Monday, December 5, 2011

Berkata Baik

 Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada-Mu ya Allah kerana sehingga saat ini aku dipinjamkan kesihatan tubuh badan yang "boombastic" :-). Ya Allah, ku mohon pada-Mu setelah Engkau berikan kesihatan pada jasad ku, berikan juga kesihatan pada roh ku ~amin. Syukur ku panjatkan pada Mu Tuhan kerana Engkau pinjamkan kepada ku kekuatan untuk mengemaskinikan blog ini.

Hari ini aku ingin berkongsi satu ingatan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang menarik sekadar peringatan untuk kita semua.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
p/s: Ya Allah Ya Tuhan ku, ku mohon pada Mu agar aku senantiasa berkata perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Hayati video di bawah untuk renungan kita bersama.

0 comments:

Post a Comment