Recent Posts

Tuesday, December 6, 2011

Tumpuan Dalam Kehidupan


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini aku masih mampu bernafas dan kesihatan yang baik untuk aku menulis di blog pinjaman-Nya ini. Alhamdulillah yang terhingga ku ucapkan kerana dengan izin-Nya banyak perkara yang hebat berlaku pada hari ini.

Semasa aku tengah bersiap-siap ke pejabat, aku buka facebook dan tanpa disangka-sangka insan yang selama ini aku rindui dan senantiasa aku ingati mula menghubungi aku semula. Aku bersyukur di atas pinjaman yang Engkau kurniakan ini walau aku tahu dia bukan untuk ku. Perasaan bahagia itu sudah cukup untuk aku merasai nikmat kebahagian yang Engkau tunjukan melalui dia.

Setelah aku mulai hidup pagi ku dengan gembira, akhirnya aku bergerak menaiki kenderaan pinjaman Tuhanku ke pejabat. Setibanya aku di pejabat, aku menyenaraikan kerja-kerja yang masih tertangguh. Banyak juga kerja yang perlu aku siapkan dan pastinya hari ini akan menjadi hari yang amat sibuk tetapi alhamdulillah dengan izin-Nya aku mohon agar aku mampu melaksanakan tugas aku dengan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah, di akhir hari ini, aku mampu menyemak tiga (3) permohonan Anggaran Belanja Mengurus  2012, menyemak dua (2) minit mensyuarat dan juga menyelesaikan urusan 5'S. Esok merupakan hari Audit 5'S untuk kali ke-dua di peringkat kementerian bagi tahun 2011. Aku mohon semua berjalan lancar.

Petang ni aku dapat komen yang membina dari salah seorang rakan kerja aku. Alhamdulillah aku dapat menerimanya dengan positif dan insyaAllah aku akan memperbaiki mutu kerja aku kearah yang lebih baik.

Alhamdulillah. Sepanjang hari aku mengulangi rakaman suara Prof. Dr. Muhaya berkaitan "Tumpuan Dalam Kehidupan" yang aku muat turun dari laman sesawang Ikim. Ini aku kongsikan sebagai peringatan kepada kita semua .


Kawan-kawan sekalian hari ini kat wall facebook aku, ada pesanan yang di sampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya untuk peringatan kita bersama.  Ayat ni aku dah susun semula mengikut pemahaman aku, dah syukur ku panjatkan kerana Allah memperingatkan aku melalui Prof. Dr. Muhaya.
Kebanyakkan orang bangun pagi dan fikir apa yang kita akan dapat manakala orang berjaya bangun pagi akan fikir apa akan beliau beri.
p/s: Ku mohon pada Mu, Ya Allah agar aku mampu menjadi insan yang banyak memberi dan banyak membantu orang lain. ~amin


0 comments:

Post a Comment