Recent Posts

Sunday, July 31, 2011

Rennet


Assalamualaikum,

Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. Sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..

Email #1
Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :

Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc. The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on. This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2
Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet.

Sunday, July 24, 2011

Petua Kecantikan

 

Petua-petua kecantikan yang mudah.
  1. Minum banyak air masak yang bersih. Dengan meminum banyak air yang bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan membantu membakar kalori dalam badan.

Monday, July 18, 2011

Kisah Janji Di Mungkiri


Aku bangun dengan tekad, azam dan semangat baru. Bangun dengan harapan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Aku lupakan semua kisah lama supaya hari ini menjadi hari yang lebih cemerlang dari semalam.

Sunday, July 10, 2011

Kisah Malam Jumaat


Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah.

Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir, "La ilaha illallah ...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini, "Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawabbininya.

"La ilaha illallah ..." di sambung zikirnya. Tak lama lepas tu, dia berhenti zikir sekejap zikirnya dan tanya, "Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya. Sykur dia dapat bini yang cekap.

"La ilaha illallah ..." dengan laju sikit rentak zikirnya. Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Bagus lah tu", dia jawab dengan senyum sedikit. Laju kali zikirnya macam naik sheikh, "La ilahaillah.." tak sabar.

Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada romantik di tanya bininya, "Mah dah sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Tak boleh sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallah",
dengan nada mengeluh di akhiri zikir panjangnya dan terus naik katil
tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....

P/S:- Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan kita itu tidak membuahkan rindu di hati manusia.

Sunday, July 3, 2011

Cantiknya Lelaki & Gagahnya Wanita


Cantiknya Lelaki...Gagahnye wanita..??!! Nanti.. Kecantikan Lelaki..?? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita..?? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W:-

" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71

" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa- dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul- Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing kita semua, amin. ~ Sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat....