Recent Posts

Tuesday, May 29, 2012

Air Mata Nabi Adam

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.

Beberapa ekor burung telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini". Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung  itu sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.

Ini membuatkan Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata  taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:     Dalam sehari  ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa   nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita   lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat   Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
 
  1. Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang
  2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
  3. Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.
     
Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang   sebelum azan.   

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan  siapa yang kau cari?

Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari  lima orang.
Pertama, orang yang  meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."  

Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup  hingga keakhir hayat , Insya'Allah .
Wassallam.  


sumber: http://ummihana.multiply.com/journal/item/147/Mari_kita_berkongsi_ilmu...Air_Mata_Nabi_Adam

0 comments:

Post a Comment