Recent Posts

Tuesday, January 10, 2012

Nyesal Aku Kawen

 Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah. Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

source: Malay Forum

Thursday, January 5, 2012

Kunci Menjadi Orang Soleh


Ibrahim bin Adham berkata, Enam Rintangan ke arah menjadi orang soleh:
  1. Hendaklah dia mengunci pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan.
  2. Hendaklah dia mengunci pintu nikmat dan membuka pintu kesempitan.
  3. Hendaklah dia mengunci pintu kerehatan dan membuka pintu kesungguhan.
  4. Hendaklah dia mengunci pintu tidur dan membuka pintu berjaga malam.
  5. Hendaklah dia mengunci pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran.
  6. Hendaklah dia mengunci pintu cita-cita dan membuka pintu persediaan untuk mati.

p/s: Ya Allah, jadikan lah aku insan yang soleh.

Monday, January 2, 2012

Erti Tahun Baru

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari ke tiga kita berada di tahun baru. Alhamdulillah di awal tahun ramai yang memasang azam tahun baru. Walau bagaimanapun, pernahkah kita duduk sejenak berfikir sejauh mana azam yang dipahatkan di hati selari dengan tujuan kita iaitu menuju Allah.

Tertarik saya untuk berkongsi kisah Rasulullah s.a.w dengan Abu Zar r.a:
Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar r.a apakah yang kamu paling sukai maka jawab Abu Zar r.a bahawa 3 perkara paling dicintainya. Pertama adalah lapar. Kedua adalah sakit. Dan yang ketiga adalah mati. SubhanAllah. Dan Abu Zar seperti kata Rasulullah adalah orang yang telah dijanjikan Allah s.w.t sebuah pintu khas untuknya disyurga. Atas sifatnya. Atas perjuangannya berjuang menentang segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Abu Zar cinta lapar agar dia kenal erti bersyukur. Dia cinta sakit kerana ini membersihkan dosanya. Dia suka mati kerana dia dapat menemui Penciptanya. MasyaAllah.

Ya  Allah, ku mohon agar kehidupan ku hanya menjurus kepada Mu dan mudah-mudahan azam, cita-cita, niat dan cara hidup ku adalah kerana hanya untuk Mu. ~amin