Recent Posts

Wednesday, July 9, 2014

BUBOQ LAMBOQ


Hari ni kami di KAMPUS kena buat program bubur lambuk. Hari yang memenatkan TAPI menyeronokkan. Betul la kan, No Pain No Gain. Walaupun sedikit penat tapi aku rasa sangat berbaloi. Bermula seawal 8 pagi kami dah siap-siap dengan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Bubur lambuk ini akan diagihkan untuk penduduk-penduduk di Sungai Petani.

Orang selalu cakap, kalau memasak kita kena memasak dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang kita cintai dan ishaAllah makanan tersebut akan menjadi sedap. Walaupun aku masak untuk diagihkan pada penduduk sungai petani, tapI sebahagiannya akan dijamah oleh kami semua. Memang la aku masak untuk kawan-kawan tapi ada seorang yang sangat istimewa yang aku selalu rindui. Hopefully bila dia makan masakan tersebut dia akan rindu dan selalu teringat kt aq.

(cewah, harapan tinggi. Sekarang aku berharap dia dapat menerima aku seadanya dan dapat menyayangi aku dengan sepenuh hati. Aku rasa aku perlu dilayan dengan lebih baik).

Sekian nukilan hati aku pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment