Recent Posts

Tuesday, July 8, 2014

MONSTER


Baru balik dari beli barang dekat area Sungai Petani. Walaupun aku keluar dengan member tapi hati aku sentiasa merindui dia. Merindui semua aspek mengenai diri dia. (I am deeply fall in love with you). Dia pernah cakap kat aku, dia mengharapkan agar ada orang dapat menerima dia seadanya. Yes aku terima seadanya kelemahan dan kelebihan diri dia. Cuma aku mohon agar dia membuka peluang agar aku dapat mengenali dia dengan lebih dekat dan dia juga dapat menerima aku seadanya.

Pernah sekali dia bagitau aku bahawasanya dia seorang heart broker. Ramai orang makan hati dengan dia dan dia tidak mahu perkara yang sama terjadi pada aku. Tiada siapa mahu hati ini disakiti termasuklah juga aku, tapi ada satu kuasa yang lebih besar yang mampu membolak balik hati manusia. Setiap sujud ku senantiasa mendoakan dia agar mampu menjaga hati ku dan menyayangi aku dengan sepenuh jiwa.

Aku bukanlah insan yang baik dan sempurna, namun aku yakin perasaan CINTA ini merupakan anugerah Sang Pencipta kepada aku, dan melalui dia aku merasai kasih sayang Yang Maha Penyayang yang sentiasa ada ketika aku memerlukan-Nya. Aku mohon dia juga agar dia merasai apa yang aku rasai mengenai diri dia.

ps : Saja tulis tajuk diary monster sebab tgh layan lagu rihanna. Tp monster juga ada perasaan untuk mencintai dan di cintai.

pss: aku harapkan dia baca artikel ini, khas aku tujukan kepada dia. (ada ke orang melawat website aku ni, lol)

0 comments:

Post a Comment