Recent Posts

Wednesday, July 16, 2014

MY HEART

Minggu ini memang busy. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tetapi aku lebih suka fokus pada yang baik/ apa yang aku ada dan ambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku.

Namun apa yang pasti aku happy bila dia ada bersama aku. Dengan memandang dia aku semakin sayang pada dia. Ya Rabb, satukan hati kami, letakkan perasaan cinta dalam hatinya supaya dia tulus mencintai serta menyayangi diri ini. Sesungguhnya, tulus hati ini mencintai dirinya.

Kelmarin merupakan hari paling getir dalam hidup aku. Dengan pelantikkan sebagai ketua, assignment yang berlambak dan mengalami masalah kesihatan. Biasa la kehidupan, tak semuanya baik. Namun dalam setiap ujian yang diberikan ada perkara yang buat aku gembira. Dia text aku untuk bersahur bersama-sama. Happy !!! Alhamdulillah.

Kekadang small action can give a big impact. I love you so much and please accept my love.

I AM REALLY MISS U RIGHT NOW !!!

Sunday, July 13, 2014

RINDUKANLAH

Hujung minggu lepas merupakan hari yang paling seronok dalam hidup aku.

"We play together, We laugh together and we enjoy it together."

Tapi apa yang paling penting adalah aku dapat spend masa dengan insan yang aku sayang. Setiap perlakuan dan percakapan dia menjadi memori dalam hidup aku. Pendek kata, adanya dia di sisi sudah cukup membuatkan aku bahagia.

Kegembiraan berubah menjadi perasaan rindu yang bergejolak (lol... dengan timbul rasa tersebut aku lebih yakin tentang PERASAAN KU) . Alhamdulillah aku bersyukur dengan rasa yang Allah kurniakan ini. Sesungguhnya aku merasai kasih sayang-Nya melalui perasaan cinta ini.

Akhirnya perasaan rindu aku burst out through my eyes. Satu malam drama air mata berlangsung. Tapi just kt bilik sorang2 je. Mana la boleh tunjuk kat orang lain. Hahaha. Bak kata orang putih "I just keep it to myself " dan hanya dia sahaja yang tahu apa yang berlaku. Tak pernah aku rasa perasaan sayang seperti ini.

Drama yang berlaku semalam betul-betul membawa aku ke taraf yang berbeza. Aku tahu aku sayang dia, cuma aku masih tidak tahu apa perasaan/ rasa diaa yang sebenarnya.

AKU SAYANG DIA, AKU CINTA DIA

Wednesday, July 9, 2014

BUBOQ LAMBOQ


Hari ni kami di KAMPUS kena buat program bubur lambuk. Hari yang memenatkan TAPI menyeronokkan. Betul la kan, No Pain No Gain. Walaupun sedikit penat tapi aku rasa sangat berbaloi. Bermula seawal 8 pagi kami dah siap-siap dengan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Bubur lambuk ini akan diagihkan untuk penduduk-penduduk di Sungai Petani.

Orang selalu cakap, kalau memasak kita kena memasak dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang kita cintai dan ishaAllah makanan tersebut akan menjadi sedap. Walaupun aku masak untuk diagihkan pada penduduk sungai petani, tapI sebahagiannya akan dijamah oleh kami semua. Memang la aku masak untuk kawan-kawan tapi ada seorang yang sangat istimewa yang aku selalu rindui. Hopefully bila dia makan masakan tersebut dia akan rindu dan selalu teringat kt aq.

(cewah, harapan tinggi. Sekarang aku berharap dia dapat menerima aku seadanya dan dapat menyayangi aku dengan sepenuh hati. Aku rasa aku perlu dilayan dengan lebih baik).

Sekian nukilan hati aku pada hari ini.

Tuesday, July 8, 2014

MONSTER


Baru balik dari beli barang dekat area Sungai Petani. Walaupun aku keluar dengan member tapi hati aku sentiasa merindui dia. Merindui semua aspek mengenai diri dia. (I am deeply fall in love with you). Dia pernah cakap kat aku, dia mengharapkan agar ada orang dapat menerima dia seadanya. Yes aku terima seadanya kelemahan dan kelebihan diri dia. Cuma aku mohon agar dia membuka peluang agar aku dapat mengenali dia dengan lebih dekat dan dia juga dapat menerima aku seadanya.

Pernah sekali dia bagitau aku bahawasanya dia seorang heart broker. Ramai orang makan hati dengan dia dan dia tidak mahu perkara yang sama terjadi pada aku. Tiada siapa mahu hati ini disakiti termasuklah juga aku, tapi ada satu kuasa yang lebih besar yang mampu membolak balik hati manusia. Setiap sujud ku senantiasa mendoakan dia agar mampu menjaga hati ku dan menyayangi aku dengan sepenuh jiwa.

Aku bukanlah insan yang baik dan sempurna, namun aku yakin perasaan CINTA ini merupakan anugerah Sang Pencipta kepada aku, dan melalui dia aku merasai kasih sayang Yang Maha Penyayang yang sentiasa ada ketika aku memerlukan-Nya. Aku mohon dia juga agar dia merasai apa yang aku rasai mengenai diri dia.

ps : Saja tulis tajuk diary monster sebab tgh layan lagu rihanna. Tp monster juga ada perasaan untuk mencintai dan di cintai.

pss: aku harapkan dia baca artikel ini, khas aku tujukan kepada dia. (ada ke orang melawat website aku ni, lol)

Monday, July 7, 2014

KEPUTUSAN




Hari ini dan saat ini aku telah buat keputusan untuk jadikan blog ini sebagai satu tempat untuk menceritakan kisah hidup aku. Kisah yang penuh suka dan duka, cinta dan perkembangan watak aku menjadi insan yang lebih baik.

Kisah Bilik Mandi

Hari ini merupakan hari yang panjang dalam hidup aku. Balik je bilik terus masuk bilik mandi. Bilik mandi la tempat aku tenangkan fikiran. Dikala itu, fikiran menerawang melayan perasaan rindu dan kasih pada dia sejak beberapa bulan ini. Tidak pernah sehari aku lupakan tentang dia. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tentang perasaan ini. Ya Allah bukakanlah pintu hati dia untuk menerima ku.

I LOVE YOU SO MUCH !!!

Sebenarnya aku menulis dengan harapan dia membaca. Tapi bila fikir-fikir balik, blog ni hanya untuk aku luahkan hati dan perasaan. Mungkin tiada orang singgah pon ke blog ini.

Tetiba teringat cerita Cinta VLOG...

Sunday, July 6, 2014

PERASAAN KU


Alhamdulillah ada kesempatan untuk update BLOG aku yang dah bersawang nih. Kesempatan yang ada ni aku gunakan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Gelora yang mencengkam jiwa tak dapat aku gambarkan.

Kehilangan Orang Tersayang

Banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku kebelakangan ini. Bermula dengan pemergian datuk yang tersayang menghadap ILAHI. Atuk yang banyak melayan kerenah cucu-cucunya yang comel, dan selalu ada ketika memerlukan dia. Akhirnya arwah atuk dapat gak berjumpa dengan tok ayah. Kirim salam pada tok ayah ye atuk. Rindu sangat dengan atuk dan tok ayah.