Recent Posts

Thursday, January 5, 2012

Kunci Menjadi Orang Soleh


Ibrahim bin Adham berkata, Enam Rintangan ke arah menjadi orang soleh:
  1. Hendaklah dia mengunci pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan.
  2. Hendaklah dia mengunci pintu nikmat dan membuka pintu kesempitan.
  3. Hendaklah dia mengunci pintu kerehatan dan membuka pintu kesungguhan.
  4. Hendaklah dia mengunci pintu tidur dan membuka pintu berjaga malam.
  5. Hendaklah dia mengunci pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran.
  6. Hendaklah dia mengunci pintu cita-cita dan membuka pintu persediaan untuk mati.

p/s: Ya Allah, jadikan lah aku insan yang soleh.

Monday, January 2, 2012

Erti Tahun Baru

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari ke tiga kita berada di tahun baru. Alhamdulillah di awal tahun ramai yang memasang azam tahun baru. Walau bagaimanapun, pernahkah kita duduk sejenak berfikir sejauh mana azam yang dipahatkan di hati selari dengan tujuan kita iaitu menuju Allah.

Tertarik saya untuk berkongsi kisah Rasulullah s.a.w dengan Abu Zar r.a:
Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar r.a apakah yang kamu paling sukai maka jawab Abu Zar r.a bahawa 3 perkara paling dicintainya. Pertama adalah lapar. Kedua adalah sakit. Dan yang ketiga adalah mati. SubhanAllah. Dan Abu Zar seperti kata Rasulullah adalah orang yang telah dijanjikan Allah s.w.t sebuah pintu khas untuknya disyurga. Atas sifatnya. Atas perjuangannya berjuang menentang segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Abu Zar cinta lapar agar dia kenal erti bersyukur. Dia cinta sakit kerana ini membersihkan dosanya. Dia suka mati kerana dia dapat menemui Penciptanya. MasyaAllah.

Ya  Allah, ku mohon agar kehidupan ku hanya menjurus kepada Mu dan mudah-mudahan azam, cita-cita, niat dan cara hidup ku adalah kerana hanya untuk Mu. ~amin

Wednesday, December 7, 2011

Satu Cinta

 Menunggu Senja Tiba...

Alhamdulillah baru je selesai solat asar...

Syukur ku dambakan pada Tuhan ku kerna pada petang ini aku masih mampu menunaikan solat asar. Mudah-mudahan jika Pemilik nyawaku ingin mengambil semua miliknya, aku berada dalam keadaan cukup bersedia. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan dan bakal aku lakukan.
Di kesempatan yang diberikan oleh Maha Penyayang kepada ku, pelbagai perkara dapat aku laksanakan dengan jayanya (alhamdulillah). Selama seminggu aku bertungkus menyiapakan permohonan yang dikemukakan oleh agensi kepada ku akhirnya aku berjaya lakukan dengan sebaik mungkin.

Di petang hari ini sambil-sambil aku bermunajat kepada Maha Mengasihi, aku mendengar lagu yang sedap sekali (Syukur pada Tuhan ku yang meminjamkan pendengaran yang baik). Ku kongsikan lagu tersebut dengan rakan-rakan blogwalker sekalian. 

Star Five - Satu Cinta (lyrics)

Aku ingin memohon maaf andai penulisan aku ini ada menyakiti hati sesiapa atau ada yang tidak suka dengan content yang aku sampaikan. 
 
p/s: Ya Allah rindunya aku pada kedua-dua ibu bapa aku yang berada jauh nun dikampung dan adik-adik yang selalui aku rindui. Ya Allah rahmati mereka dan gembirakan hati mereka dan permudahkan segala urusan sehari-hari mereka dan jadikanlah mereka insan soleh dan solehan ~amin.

Tuesday, December 6, 2011

Tumpuan Dalam Kehidupan


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini aku masih mampu bernafas dan kesihatan yang baik untuk aku menulis di blog pinjaman-Nya ini. Alhamdulillah yang terhingga ku ucapkan kerana dengan izin-Nya banyak perkara yang hebat berlaku pada hari ini.

Monday, December 5, 2011

Berkata Baik

 Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada-Mu ya Allah kerana sehingga saat ini aku dipinjamkan kesihatan tubuh badan yang "boombastic" :-). Ya Allah, ku mohon pada-Mu setelah Engkau berikan kesihatan pada jasad ku, berikan juga kesihatan pada roh ku ~amin. Syukur ku panjatkan pada Mu Tuhan kerana Engkau pinjamkan kepada ku kekuatan untuk mengemaskinikan blog ini.